"Menghayati Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing2 terus terjamin & menggalakkan peranan agama serta nilai2 sejagat untuk menegakkan kebenaran,keadilan,ketinggian akhlak,pembangunan insan & martabat manusia"

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

Saturday, January 31, 2009

Ipoh, 31 Januari 2009 


Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. 

Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009. 

Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik. 

Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato' Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka. 

Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu. 

HAJI OSMAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak

Read more...

Ceramah Khas Mesra Rakyat di Bota Kanan Malam ini

Friday, January 30, 2009

Ceramah Khas Mesra Rakyat di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan malam ini.Nasarudin akan hadir yang antara lainnya bagi menjelaskan kepada rakyat di kawasannya mengenai pendirian beliau keluar Umno dan menyerta Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Nasarudin berkata, ia dianjurkan oleh PKR.Turut hadir ialah Penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin.

Ketika ditanya soal moral dengan tindakan beliau, Nas memberitahu, dari segi demokrasi beliau ada hak untuk berbuat demikian.Tetapi apabila melompat,beliau perlu kembali kepada pengundi untuk menjelaskan kenapakah beliau berbuat demikian.

Bagaimanapun jelas beliau, jika ramai tidak bersetuju, wakil rakyat terbabit perlu melepaskan jawatan dan bertanding lagi.Tetapi,kalau dari aspek perundangan pula..., itu adalah satu halangan.

Read more...

Objektif Konvensyen Penghayatan Islam

Tuesday, January 27, 2009

Foto semasa perasmian program yang disempurnakan oleh DSAI
Foto semasa penutup program disempurnakan oleh Tan Sri Khalid

Konvensyen Penghayatan Islam(KPI) telah diadakan baru2 ini.Konvensyen sebegini amat bermakna kepada peserta yang mengikutinya.PKR akan menjadi parti yang lebih kedepan dengan usaha menyediakan barisan pemimpin agar memahami dan mengamalkan Islam dalam perjuangannya....,Insyaallah.Objektifnya adalah seperti berikut:-
  • Untuk melahirkan barisan Kepimpinan PKR yang memahami dan menghayati Islam sebagai cara hidupnya.
  • Menanam kesedaran,keinsafan dan rasa tanggungjawab terhadap Agama dalam perjuangan PKR.
  • Memberi kefahaman Konsep Keadilan,Masyarakat Madani,Kebebasan & lain2 yang terkandung dalam Islam supaya menjadi asas dalam perjuangan PKR.
  • Mengetengahkan pendekatan Islam dalam konteks perjuangan PKR.
  • Membina satu pasukan dikalangan kepimpinan keADILan dengan menanamkan rasa kasih sayang dan saling memerlukan.

Read more...

Adun Bota Menyertai PKR

Monday, January 26, 2009

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009
Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

Read more...

Kewibawaan Pihak Polis Tercalar

Friday, January 23, 2009

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Kuala Lumpur, 22hb Januari 2009.
Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.
Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.
Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.
ANWAR IBRAHIM

Read more...

Koleksi Foto Semasa di PRK-P036

Monday, January 19, 2009

Antara barisan pemimpin yang hadir pada Perasmian Bilik Gerakan Utama PKR
Samsul Iskandar(ketua AMK) turut hadir bersama DSAI
Suasana sebelah petang berhampiran dengan Stadium Negeri tempat kiraan undi
Interview DSAI bersama Asia News Channel
Sesi diolog DSAI bersama Rakyat di depan Bilik Gerakan Utama PKR di Kuala Terengganu

Read more...

selamat datang ke Laman Reformasi PKR Kelantan

Saturday, January 17, 2009

Jutaan Terima Kasih kepada Pelayar Blog ini di atas sokongan dan dorongan kepada Blog PKR Kelantan.Ini adalah hari perasmian yang belum lagi rasmi sepenuhnya..........,


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP