Terkini di Perak
Thursday, February 5, 2009
UPDATE(1:55pm):Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.45 pagi tadi.
Najib berkata,"Sultan Perak memanggil menghadap baginda semua wakil rakyat BN dan tiga yang menyokongnya berkaitan pembentukan kerajaan baru. Tarikh belum dinyatakan.Terserah kepada Sultan Perak untuk membuat apa-apa keputusan. Tuanku akan mengumumkan perkara ini secepat mungkin,".
Najib tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan pehubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya. Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.
Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.Berkemungkinan besar DUN Perak tidak dibubarkan.Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.
0 comments:
Post a Comment